• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sasar 100,000 Pendaftaran GST Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan 100,000 pendaftaran individu, syarikat atau perniagaan baharu bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini, kata Ketua Pengarah Datuk Seri Khazali Ahmad.

“Kami perlu pergi kepada kumpulan ini daripada menunggu mereka untuk mendaftar. Sejak 2014, kami memberikan masa yang lebih daripada cukup untuk mendaftar. Mereka perlu memenuhi keperluan undang-undang. Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JKDM di sini hari ini.

Setakat ini terdapat 400,519 yang berdaftar dengan GST.

Mengikut Seksyen 20 Akta Cukai dan Perkhidmatan (Akta CBP) 2014, individu, syarikat atau perniagaan perlu didaftarkan secara mandatori iaitu mencapai pembekalan bercukai melebihi RM500,000.

Bagaimanapun, perniagaan yang mempunyai perolehan bercukai RM500,000 ke bawah, walaupun tidak dikehendaki berdaftar, mereka boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Khazali berkata Ops Jejak GST 2016 akan bermula 17 hingga 22 Januari ini bagi mengesan individu, syarikat atau perniagaan yang layak berdaftar GST tetapi masih gagal berbuat demikian.

Seramai 1,500 pegawai dari Bahagian GST di seluruh negara digerakkan dalam Ops Jejak GST 2016 itu, katanya.

“Kita nasihatkan mana-mana individu dan syarikat yang mencapai pembekalan bercukai secara mandatori agar terus berdaftar dengan segera untuk mengelak kesulitan pada masa akan datang,” katanya, sambil menambah, mereka yang gagal berdaftar akan berdepan kompaun RM15,000.

Sepanjang tempoh operasi, semua pegawai GST beruniform penuh akan mengeluarkan kompaun kepada individu dan syarikat yang melanggar undang-undang dan semua pembayaran perlu dilakukan di pejabat-pejabat kastam.

Katanya Ops Jejak GST 2016 juga akan mengesan individu yang berdaftar GST tetapi gagal mengeluarkan invois cukai atau invois yang tidak mengandungi butir-butir yang ditetapkan, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 33 Akta GST 2014.

Beliau berkata ia menyebabkan nilai GST tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun GST.

Kompaun akan dikeluarkan serta merta terhadap mereka yang gagal mematuhi peruntukan tersebut mulai 15 Januari ini, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]boBbEA8FREo[/wpdevart_youtube]

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd