• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Fatwa Sabah Haramkan Vape,Shisha

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah memutuskan penggunaan shisha dan rokok elektronik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Mufti negeri, Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata perkara itu diputuskan berdasarkan hujah dan pandangan anggota muzakarah pada muzakarah khas jawatankuasa majlis fatwa negeri mengenai penggunaan bahan tersebut.

Menurutnya keputusan juga dibuat berpandukan dalil hukum dan perspektif syarak yang mengharamkan perbuatan serta pengambilan bahan yang memudaratkan diri dan tubuh badan.

“Oleh itu, umat Islam (di Sabah) adalah dilarang menghisap shisha, rokok elektronik vape atau apa-apa aktiviti berkaitan termasuk menjualnya. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang boleh memudaratkan diri,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah itu, di sini hari ini.

Bungsu berkata pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk langkah dan proses selanjutnya sama ada keputusan itu akan diwartakan atau sebaliknya.

“Selepas diwartakan, baru ada pelaksanaan dari segi undang-undang dan penguatkuasaan,” katanya.

Sebanyak 10 anggota jawatankuasa menghadiri muzakarah khas itu terdiri daripada ahli akademik universiti tempatan, penasihat syariah dan hakim rayuan syariah. – BERNAMA

Tags: Sabahvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd