• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Negeri Diarah Siasat Kes Bayi Tertukar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri diarah menyiasat termasuk memantau rekod dan prosedur operasi di pusat perubatan swasta di Jitra, bagi mengelak kes tertukar bayi berulang.

Exco Kesihatan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata walaupun isu itu sudah selesai setelah ibu bapa sebenar menukar kembali bayi masing-masing, namun, ia masalah serius kerana berkaitan dengan kesahihan identiti bayi yang dilahirkan.

Beliau berkata ia dikhuatiri akan menimbulkan keraguan kepada orang awam yang ingin ke pusat perubatan tersebut sama ada untuk bersalin atau mendapatkan rawatan.

“Kalau mereka lepas tangan, itu tidak bagus sebab ini berkait dengan kecuaian di pusat perubatan. Walaupun mereka sudah meminta maaf, namun sesuatu tindakan perlu diambil.

“Jadi, kita akan buat siasatan awal dan selepas itu, kita akan tengok apa peranan dan bidang kuasa yang boleh kita mainkan dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, sepasang suami isteri terkejut apabila menerima panggilan daripada pusat perubatan swasta memaklumkan bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan anak orang lain.

Bayi yang merupakan anak kelima pasangan tersebut, dilahirkan pada pukul 4.04 petang Selasa lepas dan hanya dimaklumkan mengenai kesilapan tersebut lima jam selepas membawa bayi berkenaan balik ke rumah.

Ibu bayi tersebut kemudian dimasukkan semula ke pusat perubatan itu bagi tujuan pengambilan sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Norhizan Ismail berkata pihaknya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa satu kenyataan khas berhubung isu tersebut akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: bayiExco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

MB, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Disekat Masuk Wisma Negeri

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri...

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

Kerajaan Negeri Sembilan Perkenal MANES, RM532,704 Bantuan Kebajikan Disalurkan

14/09/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) sebagai pendekatan baharu bagi mendekati, mendengar, membantu serta memperkasa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd