Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Kari Atau Rendang Itik...

ALOR GAJAH - Aidilfitri seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan rendang atau kari itik...

Ngeri!! Lelaki Putus Kepala...

Walaupun kes kematian akibat serangan buaya tak asing didengar berlaku di Sarawak namun...

Pahang Bentang Bajet Lebihan...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan bajet lebihan sebanyak RM640,000 untuk...

Kastam KLIA Rampas 6.84kg...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menumpaskan percubaan...

Irfan Perlu Capai Jarak Lemparan Sejauh 65 Meter Untuk Ke Rio

KUALA LUMPUR – Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin perlu membuat lontaran sejauh 65 meter untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil.

Muhammad Irfan yang kini memegang rekod kebangsaan dengan 58m perlu membuat penambahan jarak lontaran sejauh tujuh meter lagi bagi melayakkan diri secara merit.

Katanya, sebagai persediaan awal Muhammad Irfan akan berangkat ke Australia bulan hadapan bagi mengikuti kejohanan tempatan dan menjalani latihan selama tujuh minggu di sana.

“Kedua-dua kejohanan di Australia dan Eropah tersebut adalah untuk mencari ruang bagi menempah tiket ke Sukan Olimpik nanti. Fizikal saya kini berada dalam keadaan bebas kecederaan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Muhammad Irfan berharap beliau dapat mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan yang boleh merencatkan prestasi cemerlangnya.

Muhammad Irfan mengakui agak sukar baginya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik berikutan keputusan penganjur Olimpik menaikkan had kelayakan dari 63m kepada 65m, baru-baru ini.


Namun, perubahan itu dilihat tidak akan menjejaskan prestasi beliau sebaliknya ia membuatkan Muhammad Irfan lebih berkeyakinan untuk mempamerkan prestasi terbaiknya.

“Sekarang ini saya baru lepas latihan berpusat….dari segi teknik serta lontaran, saya rasa kekuatan fizikal saya memang lebih baik dari sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, Muhammad Irfan merupakan pemegang rekod kebangsaan 58.04m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada Mac tahun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OTuKk2Z9ct0[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • atlet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori