• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Warga Nepal Boleh Jadi Pengawal Keselamatan – KDN

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya warga asing dari Nepal dibenarkan berkerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini, namun untuk tempoh tiga tahun sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, warga Nepal terbabit bagaimanapun boleh memohon pelanjutan tempoh hingga tahun kelima tertakluk kepada dasar perkhidmatan pekerja asing di Malaysia.

Justeru, katanya, isu kebanjiran pengawal keselamatan warga asing di negara ini bukan disebabkan oleh dasar kerajaan.

Sebaliknya, ia disebabkan kecenderungan syarikat kawalan keselamatan menggunakan pengawal keselamatan warga asing secara haram kerana mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Dengan cara itu mereka tidak perlu membayar Levi, Cukai Perkhidmatan, KWSP dan juga tidak perlu menjaga kebajikan pekerja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Terdapat juga syarikat kawalan keselamatan yang dengan sengaja tidak memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pengawal keselamatan warga Nepal yang bekerja dengan mereka,” dedahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Alwi memohon orang ramai serta Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) melaporkan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat tentang warga asing bekerja sebagai pengawal keselamatan secara haram.

Menurutnya, persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan perlu juga memainkan peranan dengan memastikan hanya pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal sahaja yang menjaga tempat mereka.

“Pada tahun 2014 dan 2015 sahaja, KDN telah membatalkan lesen 40 syarikat kawalan keselamatan dan 49 syarikat dikenakan amaran terakhir di atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.

“Berdasarkan kepada statistik tangkapan dalam operasi bersepadu di seluruh Negara yang telah dijalankan pada tahun 2014 dan 2015, seramai 1,090 warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah ditangkap,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]A6toWeDkpX4[/wpdevart_youtube]

Tags: KDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd