BELUM sampai sebulan pelakon, Fizo Omar dan isteri, Mawar Abdul Karim, membuka sebuah restoran FizoMawar Kitchen, servis restorannya sudah dikritik hebat oleh sebuah blog Kisah Emas Putih.
Baca: Demi Laksana Impian Ibu, Fizo Omar Bakal Buka Restoran Thai
Masalah berpunca apabila pemilik blog, Siti Aminah memberikan review dalam blognya selepas berkunjung ke restoran berkenaan.
Review yang diberikan mungkin kurang sedap didengar lantas menyebabkan Fizo terus menegur Siti Aminah.
Siti Aminah yang berkunjung ke restoran baharu itu tidak berpuas hati terhadap servis yang dikatakan agak slow dan makanan yang disediakan tidak seperti apa yang dijangka olehnya.
Penulisannya itu telah menyebabkan isu bertukar menjadi panas apabila ianya diviralkan oleh pembaca lain.
Fizo yang membalas kritikan itu berkata, dia bukanlah tidak boleh menerima teguran, tetapi cara kritikan itu seperti mempunyai niat yang tidak baik terhadap perniagaannya.
Dia juga berkata, adalah lebih baik sekiranya Aminah menghantar e-mel peribadi kepadanya sekiranya ingin mengkritik.
Selain itu ulasnya, restoran yang baharu dibuka pada 15 Disember lalu menerima kunjungan yang sangat ramai sehingga menyebabkan dia dan isteri terpaksa menambah bilangan pekerja dari 15 orang ke 30 orang.
Fizo juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan lain dan memohon agar pelanggan memahami keadaannya.
Terbaharu, pemilik blog, Siti Aminah juga telah memohon maaf sekiranya reviewnya itu memberi kesan terhadap perniagaan Fizo dan Mawar.
Jelasnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan Fizo ini.
Apapun, kami mengharapkan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak. Semoga perniagaan Fizo Omar dan isteri terus berkembang maju dan berjaya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=PF4HnQv6vvA]