Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

DAP Digesa Henti Jual...

BALIK PULAU - Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah secara berleluasa boleh...

Sembilan ADUN BN Sedia...

KANGAR - Situasi melibatkan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

Kes Kanak-kanak Diikat: Taska...

KAJANG - Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes...

MAB, Visa Kerjasama Tawar...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini memeterai satu pakatan strategik...

Filem Biopik Lamborghini Dalam Pembikinan

Selalu kita dengar filem biopik tentang teknologi, tapi untuk tahun ini penerbit berdarah Itali-Kanada Andrea Iervolino dan kumpulan Ambi Monika Bacardi sedang membangunkan sebuah filem biografik berdasarkan kehidupan Ferruccio Lamborghini, ahli perniagaan Itali yang mengasaskan jenama kereta mewah, Lamborghini.

Buat masa sekarang, projek itu diberi nama Lamborghini – The Legend. Filem itu akan memaparkan kisah bagaimana Lamborghini bermula sebagai pembuat traktor agrikultur, kemudiannya membuat peralatan ketenteraan semasa perang dunia kedua, dan akhirnya membuat kereta mewah pada tahun 1963.

Anak pengasas, Tonino Lamborghini akan membimbing tim filem yang dijangka memulakan penggambaran pada musim panas ini di Itali.

Menurut Variety,  Andrea Iervolino berkata filem ini sangat signifikan. Beliau bangga kerana berpeluang untuk membuat filem tentang seorang ikon yang memberi impak kepada dunia, dan meninggalkan legasi yang berkongsi perjuangan yang sama.


Ferruccio Lamborghini antara ahli perniagaan terawal yang membawa nama Itali ke mata dunia. Bukan saja dalam industri kereta tapi semua produk yang dihasilkan di Itali. Beliau bermula dari zero, dengan hanya menyandarkan kepada semangat yang tinggi dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. -MYEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=btBEbmkB9io]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori