• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kerja Perlu Untuk Ringankan Beban Kewangan

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga kota dalam meringankan beban kewangan, malah ada yang berniaga kecil-kecilan dan ada yang melakukan kerja sampingan pada masa cuti.

Bagi pemandu Zainal Nordin, 55, beliau telah pun melakukan dua pekerjaan sejak 15 tahun lepas dan mengakui pekerjaannya itu banyak membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Bapa kepada lima anak itu berkata dalam menjalankan dua pekerjaan, kerja utama perlu dititikberatkan, berbanding kerja sampingan.

“Ini memerlukan disiplin. Selain itu, fokus dan komitmen yang tinggi perlu ada dalam menyiapkan sesuatu kerja supaya saya dapat membahagikan masa bersama keluarga dengan bercuti dan sebagainya,” katanya yang terlibat menjalankan aktiviti pembinaan secara kecil-kecilan.

Zainal berkata dengan pendapatan daripada dua pekerjaan ini, beliau mampu untuk hidup lebih selesa serta memberikan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya, terutama dalam menanggung kos pendidikan anak-anaknya.

Bagi eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nur Aina Ramlan, 27, berkata beliau menggunakan internet untuk menjual kain dan dadih untuk menambah pendapatannya.

“Kita tidak boleh mengharapkan kepada satu sumber pendapatan sahaja lebih-lebih lagi saya bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini,” katanya.

Beliau berkata pendapatannya RM2,500 sebulan tidak cukup untuk menyediakan barangan perkahwinan seperti hantaran dan sebagainya.

“Memandangkan kos untuk semua keperluan kahwin semakin meningkat, saya mengambil keputusan untuk menjual kain dan dadih secara dalam talian dan ia boleh dilakukan di rumah tanpa perlu modal yang banyak untuk membuka kedai atau gerai.

“Saya akui ia bukan mudah melakukan dua kerja dalam sehari kerana ia sememangnya mengganggu kualiti kerja saya dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Sementara itu, Farrah Wahidah Saari, 26, yang mempunyai pekerjaan tetap mula serius berkecimpung dalam membuat kraftangan selepas menamatkan pengajiannya pada 2014.

Jurutera di sebuah syarikat konsultan di sini, mengambil tempahan kraftangan diperbuat daripada tanah liat yang dibuatnya sendiri pada hujung minggu.

Farah berkata pada awalnya beliau membuat kraftangan itu hanya kerana minat namun, nekad untuk menjadikan ia sebagai punca pendapatan tambahan bagi menikmati keselesaan hidup.

“Kerja sebagai jurutera memerlukan saya untuk kerja lebih masa dan kadang-kadang sehingga lewat malam manakala aktiviti perniagaan ini hanya saya lakukan pada cuti hujung minggu bagi mengelakkan masa cuti saya dibazirkan begitu sahaja,” katanya.

Bagi Mohd Izzuddin Hassan, 30, yang bekerja sebagai jurujual, dan juga sebagai penghantar makanan segera berkata beliau perlu bekerja keras mengumpul duit simpanan untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak mahu menanggung hutang bank atau keluarga kerana kelak saya juga yang akan dibebani dengan pelbagai masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kewanganpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd