• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Luah Kecewa Dihina K*ling Ketika Mahu Bantu Pesakit

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas yang telibat dalam kemalangan.

Menerusi perkongsian pada 30 Disember 2015 itu, Dr Shalini Paramaswaran memberitahu beliau sedang memandu pulang apabila terlihat seorang pakcik jatuh dari motosikal yang ditungganginya ketika cuba membuat U-turn.

Untitled

Beliau bergegas untuk membantu dan mendapati kaki kanan warga emas tersebut cedera dengan tulang tersembul. Mangsa turut didengar memberitahu bahawa dia tidak dapat merasa apa-apa pada bahagian kakinya.

Dr Shalini kemudiannya memperkenalkan diri sebelum cuba membantu tetapi respon diterima amat mengejutkan.

“Aku tak nak *eling datang dekat aku ke, tolong aku.. banyak orang lain boleh tolong..” kata lelaki berkenaan.

‘Keling’ merupakan satu istilah yang menghina, merujuk kepada seseorang berasal dari India.

Orang ramai kemudian meminta Dr Shalini ke tepi dan meninggalkan lelaki tersebut.

Walaupun terkejut Dr Shalini segera memanggil ambulans. Apabila unit perubatan tiba, beliau memberitahu paramedik kecederaan yang dialami mangsa.

Selepas memastikan lelaki tersebut mendapat rawatan awal, Dr Shalini bergerak meninggalkan tempat kejadian sebelum berpaling selepas mendengar paramedik memanggil namanya dan bertanya jika beliau sudah menyentuh mangsa kemalangan tersebut.

Selepas memberitahu TIDAK kerana mangsa enggan disentuh, pakcik itu tiba-tiba berwajah manis memandang beliau lalu berkata, “Saya tak tahu awak doktor.. doktor boleh sentuh”.

Mendengar ayat tersebut Dr Shalini tak tahu apa perlu dikatakan. Perasaannya digambarkan dengan ayat di bawah:

“Sebelum mengetahui saya seorang doktor, saya adalah seorang ‘Keling’ yang menjijikkan, tidak boleh sentuh dia. Tapi selepas tahu saya doktor, baru diberikan senyuman dan kata-kata maaf..”

Ini antara contoh insiden menyedihkan melibatkan perbuatan rasis.

Namun Dr Shalini harus dipuji kerana meskipun perasaannya dicalar beliau tetap menunaikan tanggung jawab sebagai doktor dan manusia.

Sikapnya itu dipuji ramai netizen yang pada masa sama, kesal dengan sikap pakcik berkenaan.

keling2

keling3

Kepada semua di luar sana, janganlah menghina seseorang lain disebabkan perbezaan antara kita, tidak ada agama yang membenarkan umatnya berbuat demikian.

Ingatlah, berikan layanan kepada orang lain sebagaimana kita mahu dilayan orang kerana dunia ini ‘bulat’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: doktorhinaIndiakelinglelakiMelayurasis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.