Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Banjir : 400 Penduduk...

Kira-kira 400 orang penduduk sekitar Temerloh yang mendiami kawasan berdekatan Sungai Pahang terpaksa...

Tentera Rejim Mara Ke...

HAMURIYYEH - Tentera rejim Syria mara ke bandar utama di Ghouta Timur lewat...

Torres Dan Iniesta Ucap...

MADRID - Dua pemain hebat Sepanyol mengucapkan selamat tinggal kepada kelab mereka sejak...

“Ingat Saya Dah Jadi...

'BERBISA, lantang, berani' - Demikian ayat sesuai untuk menggambarkan keperibadian penerbit dan wartawan,...

Denggi Pembunuh, Tapi Mesej Tidak Sampai

PETALING JAYA – Mesej bahawa seseorang itu boleh mengalami kegagalan organ atau mati akibat demam denggi hendaklah disampaikan melalui filem, teater dan media sosial bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, kata seorang penyelidik.

Prof Dr Sazaly Abu Bakar, yang berkhidmat dengan Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Kajian Arbovirus dan Rujukan di Universiti Malaysia (UM) berkata kebanyakan mereka yang tahu mengenai bahaya denggi adalah di kalangan kakitangan perubatan dan orang-orang yang mementingkan kesihatan.

“Tetapi ramai orang tidak tahu mengenai tahap bahaya demam denggi dan mereka boleh mati daripadanya.

“Mesej ini tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat di negara ini,” katanya.

Dr Sazaly berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bahawa walaupun kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang baik tentang nyamuk Aedes, ia tidak diterjemahkan ke dalam tindakan, seperti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Katanya, mesej mengenai bahaya jangkitan denggi bukan sahaja perlu dilaporkan dalam akhbar tetapi disebarkan dalam media sosial.


“Ia mesti dibuat agar menjadi tajuk perbualan,” katanya.

Hakikat bahawa orang ramai masih membuang sampah sewenang-wenangnya di taman-taman dan kawasan awam menunjukkan bahawa mereka masih tidak menyedari betapa seriusnya tindakan mereka, katanya.

Tambah Dr Sazaly usaha memerangi denggi memerlukan penglibatan seluruh masyarakat. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori