• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caruman KWSP: Pekerja Digesa Tidak Pilih ‘Potong 3 Peratus’

oleh Ahmad Albab
30/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persekutuan Majikan Malaysia menasihatkan pekerja supaya tidak memilih pengurangan tiga peratus caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia boleh menjejaskan simpanan persaraan mereka.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, walaupun wang tambahan mungkin sangat berguna untuk sesetengah isi rumah, caruman KWSP yang lebih rendah akan menghakis kira-kira 70 peratus simpanan persaraan pencarum.

Beliau berkata pekerja sektor swasta menyumbang kira-kira RM18 bilion setahun kepada KWSP dan pengurangan itu diterjemahkan kepada RM540 juta di tangan pekerja.

“Tetapi wang tambahan itu hanya akan menjadi satu jumlah yang kecil untuk penyumbang dari golongan berpendapatan rendah atau orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan.

“Jika tiada ada sebab untuk mengambil wang tambahan, nasihat saya, mereka perlu memilih mengekalkan caruman mereka,” katanya kepada The Star, Jumaat.

Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata pekerja perlu membuat pertimbangan terhadap pilihan mereka dengan teliti.

“Jika mereka mampu hidup tanpa wang tambahan, mereka perlu memilih untuk tidak mengurangkan caruman KWSP mereka.

“Mereka hanya boleh melakukannya jika mereka benar-benar memerlukan wang untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi,” katanya.

Yim Pheng berkata wang tambahan mungkin berguna untuk pendidikan anak-anak atau untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kenderaan.

Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata KWSP merupakan satu-satunya bentuk simpanan paksaan untuk pekerja.

“Alasan mengapa caruman KWSP adalah mandatori adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai simpanan persaraan.

“Pekerja perlu berfikir dengan teliti jika mereka ingin mengurangkan caruman mereka,” katanya. – mStar Online

Tags: KWSPpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd