• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Atasi Poket Kering Setiap Bulan

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADALAH perkara biasa, masalah poket kering seminggu selepas terima gaji bagi orang bekerja atau masalah poket kering seminggu selepas terima payment bagi orang bisnes. Dulu sewaktu di Jepun, ada seorang guru tua pernah berpesan kepada saya tip kewangan ini.

1. Rancang perbelanjaan dari awal.

Dalam banyak perkara, kita hanya bijak memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus berbelanja tanpa rancangan. Buat senarai perbelanjaan wajib bulanan, potong perbelanjaan yang tidak perlu.

Berdisiplin sikit bos, ikut betul-betul rancangan perbelanjaan bulanan yang sudah dirancang tadi. Utamakan bayaran-bayaran wajib dahulu seperti bil-bil utiliti.

2. Usah lagi berbelanja mengikut nafsu.

Perasan atau tidak?

Selama ini yang mendorong kita berbelanja bukannya keperluan kita, tetapi nafsu kita yang tidak dapat dikawal.

Tengok orang beli handbag, kita pun tak mau kalah nak beli juga. Tengok orang tukar perabot, beli kereta, pakai baju mahal, lepak Starbucks, makan mewah semuanya kita nak ikut, untuk apa?

Untuk menyesal selepas berbelanja?

Kita ada banyak pilihan untuk berjimat. Anda tentukan sendiri.

3. Banyakkan bersedekah dan memberi.

Ini perkara yang tidak perlu dinafikan lagi. Mudahkan rezeki kita mengalir lancar lagi deras dengan berbuat kebaikan. Dalam rezeki kita sudah tentu ada hak untuk orang lain.

Jadikan tabiat untuk menyumbang kepada masjid, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan sesiapa yang memerlukan tanpa rasa kesal walau sedikit pun.

Contoh, setiap kali dapat gaji beli sejadah dan letak di surau. Satu tahun sudah 12 sejadah. Jangan takut untuk memberi, the more you give the more you get back.

4. Rajin-rajinlah membuat simpanan.

Setiap kali terima pendapatan, selepas kita selesaikan belanja wajib. Mohon disiplinkan diri untuk membuat simpanan, buat sendiri tabung yang kita rasakan perlu seperti tabung perubatan, balik kampung, percutian, roadtax dan insuran kenderaan serta banyak lagi.

Boleh rujuk instrumen pelaburan yang patuh syariah dalam pasaran. Beli cincin belah rotan setiap bulan dan simpan.

5. Ikhtiar kerja tambahan yang masyuk.

Siang kita bekerja, malam kita buat apa? Tengok tv atau goyang kaki?

Hijrah diri, lakukan sedikit pengorbanan dalam hidup untuk lebih maju. Cari kerja tambahan yang boleh berikan pendapatan tambahan harian atau bulanan.

Di sebelah malam boleh mengajar anak jiran mengaji, kelas tambahan, kerja di 7 Eleven dan sebagainya. Kalau perlu basuh pinggan dan ambil order di kedai makan sekalipun apa salahnya? Paling penting kerja kita lakukan itu Halal.

6. Mulakan bisnes yang boleh berikan tunai harian.

Ini bahagian yang paling ramai orang tahu dan angan-angankan. Tetapi biarlah angan kita itu semuanya logik dan mudah dicapai. Disebabkan kita masih bekerja, carilah peluang bisnes yang tidak menuntut modal atau masa yang terlalu besar.

Pandai memasak? Siapkanlah breakfast box untuk kawan-kawan di pejabat, ambil tempahan sehari awal dengan bayaran penuh.

Pandai tukar minyak hitam kereta? Ambil tempahan servis kereta kawan-kawan di pejabat.

Suka menjual secara online? Jadilah ejen dropship produk kesihatan, kecantikan, gadjet dan sebagainya secara online.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=t4vhmrHUnKk]

Tags: duitpoket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Jahanam Cekik Anak Sebab Tak Dapat Duit

17/11/2018
0

KENINGAU - Seorang bapa sanggup cekik dan belasah anak lelaki kandung berusia empat tahun selepas marah hanya kerana tidak diberikan...

Penjual Aiskrim Terkejut Miliki Akaun Bank Cecah Angka Berbilion

07/10/2018
0

PENJUAL aiskrim warga Pakistan yang selama ini hidup dalam kemiskinan terkejut apabila dimaklumkan memiliki akaun bank dengan simpanan mencecah 2.3bn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd