• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjual Aiskrim Terkejut Miliki Akaun Bank Cecah Angka Berbilion

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENJUAL aiskrim warga Pakistan yang selama ini hidup dalam kemiskinan terkejut apabila dimaklumkan memiliki akaun bank dengan simpanan mencecah 2.3bn rupees (£14 juta).

Pegawai Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) menyoal siasat Muhammad Abdul Qadir berhubung perkara itu bulan lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan berpuluh-puluh akaun bank palsu.

“Saya lelaki paling malang di dunia.

“Apabila mendapat tahu mengenai sejumlah besar wang itu, ia tidak lagi ada di dalam akaun berkenaan,” katanya yang mendiami kawasan setinggan Organi di Karachi.

Selain ‘akaun’ bank lelaki berusia 52 tahun itu, FIA juga menyiasat sekurang-kurangnya 77 akaun lain melibatkan urus niaga bernilai £220 juta.

Dua tahun lalu, Bank Negara Pakistan memaklumkan FIA mengenai transaksi mencurigakan ke akaun Qadir antara 2014 dan 2015 apabila jutaan wang di dalamnya tidak pernah dikeluarkan.

Walaupun akaun itu dibuka menggunakan kad pengenalannya yang sah, Qadir berulang kali memakumkan kepada FIA bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam kegiatan itu.

“Saya tidak tahu menulis,” itulah alasan yang diberikan Qadir hingga membuatkan agensi itu percaya kata-katanya.

Malahan, apabila dipanggil ke FIA untuk disoal siasat kali kedua pada 19 September lalu, Qadir menguatkan lagi alasannya tidak terlibat dalam kegiatan itu apabila berkata: “Kenapa saya perlu menjalani kehidupan yang teruk jika memiliki berbilion dalam akaun bank?” – The Guardian/mStar Online

Tags: duitpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd