• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Jahanam Cekik Anak Sebab Tak Dapat Duit

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Seorang bapa sanggup cekik dan belasah anak lelaki kandung berusia empat tahun selepas marah hanya kerana tidak diberikan wang oleh isterinya, dalam kejadian di Kampung Feri, Jalan Menawo, di sini, Rabu lalu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit dikatakan turut cuba ‘melempar’ anaknya ke tengah jalan besar yang ketika itu dilalui banyak kenderaan namun berjaya dihalang abang iparnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit dikatakan pergi menemui isterinya yang kini menumpang di rumah abang berikutan pasangan berkenaan sedang dalam proses perceraian.

Bagaimanapun, sebaik permintaannya ditolak, lelaki terbabit terus mengamuk dan bertindak agresif menarik anak lelakinya sebelum diheret ke jalan besar kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim berkata, suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang melihat kejadian berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

Katanya, akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan di leher dan dirujuk ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa bersama ibu dan adik lelakinya yang berusia 18 bulan tinggal bersama pakciknya di tempat kejadian.

“Siasatan juga mendapati suspek tidak bekerja dan segala perbelanjaan keluarga itu sebelum ini ditanggung oleh isterinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, hari ini.

Nyuk Kim berkata, suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu ketika operasi sekatan jalan di Jalan Apin-Apin, malam semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu mengaku kad pengenalan berkenaan palsu dan dibeli daripada seorang lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Paul dengan harga RM3,000.

Suspek cuba menyogok RM500 kepada anggota polis sebelum ditahan mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990 dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – BH Online

Tags: duitpukul anak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

22/12/2023
0

BENTONG: "Sememangnya saya patut menerima hukuman penjara kerana cuai dan tidak bertindak sesuatu apabila suami memukul anak kami," kata Asmah,...

Penyanyi Sambilan Ditahan Polis, Pukul Anak Angkat Hingga Muntah, Sukar Bernafas

Penyanyi Sambilan Ditahan Polis, Pukul Anak Angkat Hingga Muntah, Sukar Bernafas

01/04/2023
0

Ampang Jaya : Muntah, badan menggeletar dan susah bernafas ketika bertemu guru kaunseling membongkar kejadian seorang remaja perempuan mendakwa dipukul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd