• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BTN Perlu Penjenamaan Semula Untuk Kekal Relevan

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Biro Tata Negara (BTN) perlu melalui proses penjenamaan semula bagi memastikan pengisian ilmunya relevan kepada kumpulan sasaran terutamanya generasi muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata program BTN memerlukan banyak perubahan khususnya dari sudut pengisian yang relevan memandangkan kebanyakan sasaran peserta terdiri generasi muda.

“Kita harap dalam masa terdekat ini, kita akan buat penjenamaan semula supaya BTN ini fokus kepada anak muda di peringkat universiti, kolej atau sekolah.

“Bagaimanapun program ini juga harus ditumpukan kepada anak-anak muda lepasan universiti dan mungkin juga yang tidak masuk universiti tetapi terus bekerja,” kata beliau kepada pemberita di sini petang semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Pengerang 2016 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang, dekat sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Syed Sis Abd Rahman dan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC) Mohamad Yazid Jaafar.

Azalina berkata BTN juga perlu fokus kepada elemen patriotisme sebab generasi muda merupakan pewaris kepada negara, sekali gus mengurangkan elemen ekstremisme.

“Sehubungan itu, saya harap penjenamaan semula BTN khususnya pada sumber teras lebih kepada tanggungjawab bersama generasi muda sebagai pewaris kepada negara,” kata beliau.

“Saya juga hendak menekankan bahawa ‘kita Malaysia dahulu’ tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, orang Sabah atau Sarawak, itu perlu menjadi fokus kepada BTN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azalina OthmanBTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengajar Sekolah Memandu Didenda RM,000 Kerana Terima Rasuah

Next Post

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Golden Globes 2016

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Golden Globes 2016

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd