• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Masih Terkawal Walaupun Negara Berdepan El Nino

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air masih dalam keadaan terkawal walaupun negara sedang berdepan cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata sehingga kini paras air di empangan utama khususnya di Lembah Klang berada pada paras 90 peratus.

“Hanya dua empangan air di Johor iaitu Empangan Upper Layang dan Empangan Sungai Lebam yang mempunyai simpanan air yang agak rendah iaitu pada paras 30 peratus.

“Empangan Gemencheh di Negeri Sembilan pula mempunyai paras simpanan air yang rendah,” katanya kepada Bernama dan BernamaTV di sini, hari ini.

Mohd Ridhuan berkata pihaknya menasihatkan pengguna untuk menggunakan air dengan berhemah kerana fenomena El Nino ini akan menjurus ke paras puncak Februari atau Mac depan.

Jelasnya lagi, SPAN sentiasa bekerjasama dengan operator di seluruh negara untuk memantau kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji rawatan air.

Ditanya mengenai kebarangkalian berlakunya catuan air berjadual seperti yang berlaku pada tahun lepas, beliau berkata berdasarkan situasi semasa, masih tidak ada keperluan untuk melaksanakan catuan air berjadual.

“Punca air sebenarnya bergantung kepada kuasa kerajaan negeri, apa-apa cadangan untuk mengadakan catuan berjadual ini perlu dikemukakan kepada SPAN untuk mendapatkan kelulusan.

“Jadi cadangan kita kepada operator bekalan air supaya memantau lebih rapi, saya rasa kalau ada catuan kita menasihakan operator ini memberikan notis lebih awal kepada SPAN,” katanya. – BERNAMA

Tags: El Nino
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd