• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Sehari Ditayangkan, Mat Moto Dah Kutip RM1 Juta!

oleh AK-47
20/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI sebalik kesuraman kutipan tiket perfileman tempatan, filem Mat Moto berjaya mencatat rekod sebanyak RM1 juta walaupun baharu sehari ia ditayangkan.

Satu pencapaian yang cukup menakjubkan!

Menurut pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, dia sama sekali tidak menyangka filem pertama arahannya berjaya mendapat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Pekin yang turut berlakon dalam filem itu berkata kutipan itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan olehnya.

“Datuk Yusof telefon saya pukul tiga pagi memaklumkan perkara itu dan saya hilang kata-kata apabila mendapat tahu perkara itu kerana ia jauh melebihi sasaran awal.

“Selepas mengambil kira jualan tiket sebelum filem ditayangkan kami hanya menganggarkan kutipan hari pertama RM500 ribu tetapi tidak sangka mencecah RM1 juta, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

mat moto1
Filem Mat Moto arahan bersama Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis (14 Januari 2016).

Selain Pekin, Mat Moto dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussien, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Filem ini merupakan arahan bersama Pekin dan Syafiq Yusof.

Sebelum ini, Polis Evo terbitan Astro Shaw dan Tayangan Unggul berjaya mencatatkan sejarah sebagai filem terlaris di Malaysia mengatasi The Journey.

Polis Evo mencatat jumlah kutipan sebanyak RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 17 September tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

polis
Polis Evo mencatat sejarah Filem Terlaris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM17.3 juta.

Tags: FILEMmyArtispelakonPengarahselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd