• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Rugi RM400,000 Dalam Kejadian Rompakan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Sebuah bank di Pulau Sebang di sini kerugian kira-kira RM400,000 dalam satu kejadian rompakan yang berlaku pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, suspek merompak beg berisi wang tunai yang sedang dipunggah seorang pengawal keselamatan berusia 30-an.

“Siasatan awal melalui kamera litar tertutup mendapati pegawal keselamatan itu sedang memunggah beg berisi wang tunai untuk dimasukkan ke dalam van syarikat keselamatan terbabit.

“Kemudian didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran palsu berhenti di belakang van berkenaan sebelum seorang lelaki keluar dari kenderaan itu dan mengambil beg tersebut,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata kenderaan Toyota Hilux itu kemudian terus menuju ke arah Tampin di Negeri Sembilan dan pengawal keselamatan tersebut tidak cedera.

Muhamad Ismail berkata semua enam pengawal keselamatan yang terlibat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Melakarompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd