• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Tunggu Laporan Penuh Siasatan Kes Kapten Hasman

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menunggu laporan penuh siasatan kemalangan menimpa Allahyarham Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata laporan berkenaan akan disediakan secepat mungkin oleh pihak tentera Amerika.

“Laporan itu meliputi siasatan menyeluruh termasuk punca kejadian dan empat lagi penuntut tentera dari negara luar yang terlibat dalam kemalangan bencana banjir berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat ATM bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi ATM” di Masjid Khalid Al Walid di sini hari ini.

Zulkifeli berkata pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada ATM, dan ATM akan menjaga kebajikan keluarga arwah.

Terdahulu, Zulkifeli turut berarak dari padang kawad Kem Kementah ke masjid berkenaan bersama 800 anggota yang terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Zulkifeli berkata jenazah arwah Hasman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan pesawat China Airlines pada pukul 1.15 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Melaka dan diberikan penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid As-Syuhada Kem Terendak, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

Jenazah Hasman selamat tiba di New York pada 5.30 pagi Ahad lalu selepas diterbangkan menggunakan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lambert-St Louis, Missouri, Sabtu lepas.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya itu.

Rabu lepas, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VcRvS1U_E0k[/wpdevart_youtube]

Tags: Kapten Hasman Hussin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Balu Kapten Hasman Terima RM274 Ribu, Pencen

02/09/2016
0

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melunaskan bayaran dan imbuhan berjumlah RM274,542.49 kepada balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin...

ATM Jaga Kebajikan Keluarga Allahyarham Kapten Hasman

06/01/2016
0

MELAKA - Kementerian Pertahanan akan memastikan kebajikan keluarga pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia di Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd