• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Baik Pulih Jambatan Kg Pemberian-Kg Manjor Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membaik pulih jambatan besi yang menghubungkan Kampung Pemberian dan Kampung Manjor di sini, yang terputus akibat dirempuh balak dalam kejadian banjir Disember lepas, mulai minggu depan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pihaknya menetapkan tempoh tiga minggu bagi kerja baik pulih jambatan berkenaan.

“Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada ATM untuk baik pulih jambatan besi sepanjang 72 meter ini. Kita akan baik pulih jambatan ini yang akan dapat digunakan bukan sahaja untuk pejalan kaki, malah kenderaan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Projek Jiwa Murni 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) di Kampung Pemberian di sini, hari ini. Turut hadir Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin.

Katanya, kira-kira 30 dan 40 pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) akan melakukan kerja baik pulih berkenaan.

“Mereka akan bekerja selama 24 jam sehari dan kita harap jambatan berkenaan akan dapat disiapkan dalam tempoh lebih cepat bagi memberi kemudahan kepada penduduk,” katanya.

Zulkifeli berkata apa yang dibimbanginya ialah air sungai kembali naik dan menghanyutkan balak dari hulu sungai yang boleh menyebabkan kerosakan kepada jambatan sementara jenis ‘jetfloat’ yang dibina ATM sebelum ini.

“Bagaimanapun kita dah tugaskan anggota untuk pantau paras air sungai 24 jam bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi pembinaan jambatan sementara manakala RM40 juta bagi membina jambatan kekal di Sungai Lebir yang menghubungkan Kampung Pemberian dan Kampung Manjor. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]2xU8p7GZuws[/wpdevart_youtube]

Tags: ATMjambatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd