Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zahid Bidas Sikap Pemimpin...

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee...

Peminta Derma Perlu Daftar...

MELAKA - Bagaikan tidak ada kesudahan dan menjadi kelaziman melihat kelibat individu tertentu...

Budaya Sabotaj Masih Ada...

LANGKAWI - Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan...

Bunuh Rakan, Tersenarai 10...

Shanika Minor, 24, menjadi satu-satunya wanita yang berada dalam senarai 10 individu paling...

APMM Kudat Tahan 4 Bot Nelayan Langgar Syarat Sah Lesen

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan empat bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat sah
lesen dan merampas kira-kira 500 kilogram pelbagai jenis ikan dalam operasi di perairan Kudat dan Pitas, semalam.

Pegawai Operasi Maritim Kudat, Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata kapal Maritim yang menjalankan operasi kira-kira 9.30 malam mendapati bot nelayan itu sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat tunda dalam keadaan bergelap.

Pemeriksaan dengan bantuan Sistem Awasan Laut (SWASLA) mendapati bot nelayan terbabit menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika dari pantai yang melanggar syarat sah lesen perikanan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Boon berkata empat tekong dan 12 awak-awak termasuk warga Indonesia dan Filipina yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berumur antara 16 hingga 45 tahun turut ditahan.


Bot berkenaan ditunda ke Jeti Awam Kudat bagi pemeriksaaan lanjut dan diserahkan kepada unit siasatan Daerah Maritim Kudat, katanya.

“Semua pengusaha bot diingatkan agar tidak hanya mementingkan keuntungan perniagaan sehingga mencabuli undang-undang negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori