• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Bintulu Pertahan Tindakan Polis Tembak Perompak

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Anggota Perlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memuji polis kerana menembak mati empat perompak bersenjata dekat sini awal Jumaat dan menggesa mereka memperhebatkan lagi tindakan bagi membanteras jenayah di kawasan ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) itu juga mempertahankan tindakan polis dalam kejadian itu dengan berkata mereka berbuat demikian bukan kerana seronok melepaskan tembakan, tetapi untuk melaksanakan tugas melindungi orang ramai.

“Orang ramai tidak perlu takut kepada polis jika mereka tidak melakukan sebarang jenayah,” katanya dalam kenyataan, yang turut menjelaskan bahawa beliau menyokong semua usaha untuk membasmi jenayah di Bintulu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman dalam kenyataan hari ini berkata polis menembak mati empat orang yang disyaki perompak di sebuah ladang sawit dekat Bintulu awal hari ini selepas mengejar kereta suspek.

Kata beliau, kumpulan lelaki itu dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata di Bintulu bulan lepas.

Tiong berkata suspek melepaskan tembakan ke arah polis apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan polis membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau meminta orang ramai menghubungi polis sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang kegiatan jenayah. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd