• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Tunggu Jawapan KJ Untuk Berdebat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa belum menerima sebarang respons daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung cabaran debat yang dikemukakan parti itu pada bulan ini.

Setiausaha Pengelola AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab mendakwa, pihaknya telah mengutus surat berdebat dengan Ketua Pemuda AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Khairy Jamaluddin tetapi masih tiada jawapan daripada Ketua Pemuda UMNO.

“AMK telah menghantar surat jemputan rasmi kepada pejabat Khairy Jamaluddin pada 10 Disember 2015 berhubung program debat Ketua Pemuda UMNO vs Ketua AMK. Cadangan debat ini pada awalnya dilontarkan oleh AMK dan disambut oleh Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today pada 4 Disember 2015.

“AMK telah menghantar jemputan rasmi bagi membawa idea perdebatan ini secara lebih serius. Setelah lebih sebulan jemputan rasmi dihantar, kami masih menanti respon balas daripada Khairy Jamaluddin,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Syukri berkata, AMK percaya masyarakat tidak sabar untuk melihat debat itu direalisasikan.

“AMK sendiri memiliki tanggungjawab untuk mencanai hujah bagi melawan `mitos’ yang sekian lama ditabur oleh kepimpinan UMNO iaitu hanya dengan UMNO nasib orang melayu akan terbela,” dakwanya lagi. - MYNEWSHUB.CC

Tags: AMKKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Perli Pekat AMK Selangor: Kerjasama Dengan DAP, PKR Juga ‘Cium Tapak Kaki’?

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mendakwa UMNO sanggup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd