• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Dipukul Kekasih Kerana Dipuji Cantik Di FB

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang wanita berusia 28 tahun mengalami lebam di mata akibat dipukul teman lelakinya yang cemburu selepas seorang lelaki lain memuji kecantikan mangsa menerusi laman sosial Facebook, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa pergi ke rumah teman lelakinya di Taman Pisang Awak, Kampung Melayu di sini sebelum pertengkaran berlaku antara mereka.

“Teman lelaki mangsa berusia 52 tahun bertindak menyepak, menampar dan menumbuk mangsa serta memukul menggunakan hulu kapak sehingga menyebabkan mangsa mengalami bengkak di mata kanan, lebam di tangan dan sakit seluruh badan.

“Lelaki itu kemudiannya menghalau mangsa dari rumahnya sebelum wanita yang berasal dari Taman Tun Sardon, Gelugor itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan, beliau berkata kejadian berlaku selepas teman lelaki mangsa cemburu dengan pujian lelaki lain kepada mangsa dan menyangka mangsa mempunyai teman lelaki lain.

Mior Faridalatarash berkata mangsa menafikan perkara itu namun teman lelakinya tidak mempercayainya malah terus bertindak memukul mangsa.

“Difahamkan pasangan itu tinggal bersama sejak dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat bulan. Bagaimanapun mereka tidak
mendaftarkan perkahwinan,” katanya.

Katanya lelaki itu dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui mangsa membuat laporan polis dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah lain.

“Kes itu akan siasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RmYs7AnjBY8[/wpdevart_youtube]

Tags: kes pukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd