• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Bayangkan PRN Sarawak Pada Mac Depan

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan.

Ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini, beliau meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai ketua menteri.

“Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi.

“Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” katanya kepada lebih 10,000 rakyat Sarawak yang membanjiri jambatan itu malam ini.

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

“Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini berkuat kuasa tengah malam ini, sekali gus mengakhiri kutipan tol di seluruh negeri ini.

Pada Mei lepas, tol dimansuhkan di Jambatan Lanang Sibu dan langkah sama dilakukan di Jambatan Asean Baram, Miri pada Jun lepas.

Selain itu, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer turut dikecualikan daripada tol. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd