• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Nelayan Indonesia Ditahan Langgar Perintah Berkurung

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam nelayan warga Indonesia kerana melanggar perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Rabu lepas.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata dalam kejadian 8.40 malam itu, enam nelayan iaitu juragan dan lima awak-awak ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Siamil yang melihat kelibat sebuah bot mencurigakan di perairan Pulau Siamil.

“Bertindak atas maklumat ini, bot PPM yang menjalakan rondaan Op Paradise telah menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap bot dari negara jiran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata hasil pemeriksaan lanjut, juragan bot berusia 50 tahun itu gagal mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

“Tiga daripada enam warga Indonesia ini memiliki dokumen perjalanan diri manakala tiga lagi termasuk juragan tidak mempunyai dokumen perjalanan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967. – BERNAMA

Tags: NelayanPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd