Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

BN Umum Pendirian Hudud...

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum...

Gagal Doping: Sazali Samad...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk menggantung Sazali Samad...

Promosi Hebat! Tawan Taiwan...

HI everyone! Ingin melancong? Inginkan percutian bersama keluarga yang santai? Tak tahu destinasi...

Ada Bagi Gambar Lucah,...

MEMANG tidak dinafikan memang wujud segelintir wanita yang tertarik dengan lelaki yang sudah...

2 Lelaki Positif Dadah Ditahan Dalam Op Sepadu

JOHOR BAHARU – Dua lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah dalam Op Bersepadu polis dan agensi penguat kuasa lain di Kilometer 3 Jalan Skudai-Lido, di sini, dari tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Johor Supt Baharudin Mat Taib berkata kedua-dua lelaki itu didapati positif dadah jenis amphethamine selepas gagal dalam ujian air kencing.

“Mereka adalah antara 33 individu yang menjalani ujian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun kenyataan itu tidak menyebut sama ada kedua-dua lelaki itu adalah pemandu kereta atau penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Operasi yang bermula 12.30 tengah malam hingga 3 pagi itu disertai 71 anggota cawangan trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Baharudin berkata pihaknya turut mengeluarkan 40 saman dan menyita 17 motosikal serta empat kereta selepas memeriksa 106 individu dan 83 kenderaan.

Beliau berkata JPJ turut mengeluarkan 21 saman selepas memeriksa 54 kenderaan manakala SPAD pula mengeluarkan notis terhadap empat individu selepas memeriksa 20 kenderaan.


“Anggota JSJ pula melakukan pemeriksaan ke atas 45 individu tetapi kesemuanya didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Menurut Baharudin, operasi berkenaan diadakan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung laluan itu yang dikatakan kerap digunakan untuk lumba haram.

Beliau berkata operasi berkenaan turut bertujuan mengekang pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan termasuk mengubah suai enjin, memasang cermin gelap dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Polis akan melakukan sekatan jalan raya secara berterusan bagi memastikan tiada ‘samseng jalan’ di bandar raya ini, sekali gus menurunkan kadar jenayah tahun ini, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori