• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Direman Berhubung Kes Tembak Di Sibu

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis telah menahan dua lelaki malam tadi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tembak mati seorang lelaki di Jalan Long Bridge Sabtu lalu.

Tanpa mededahkan lokasinya, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi yang dhubungi hari ini mengesahkan kedua-dua suspek itu masing-masing ditahan pada pukul 10.30 dan 11.30 malam tadi.

Menurutnya kedua-dua lelaki yang tidak dinyatakan umur mereka itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Difahamkan penahanan kedua-dua lelaki berkenaan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dalam ‘Op Cantas’ di sekitar bandar ini malam tadi.

Mohd Kamal turut mengesahkan tiga lelaki yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan pagi tadi.

Beliau berkata polis akan merekodkan percakapan daripada teman wanita mangsa, Xiao Fen yang kini menerima rawatan di Hospital Sibu kerana kecederaan di bahu dan pergelangan tangan kirinya.

“Keadaan wanita itu stabil dan kecederaan tidak membahayakan nyawanya. Cuma ‘pellet’ yang berada di bahunya masih belum dikeluarkan,” katanya.

Dalam kejadian 11.09 malam itu, mangsa seorang pengusaha pub di Miri, Ting Meng Min, 30, ditembak selepas selesai makan di sebuah restoran bersama teman wanita warga China itu, seorang pengawal peribadi dan beberapa rakan mereka.

Mereka dikatakan baru hendak beredar dari situ apabila sebuah Toyota Hilux berwarna putih berhenti secara tiba-tiba tidak jauh daripada mereka dan pemandunya mengeluarkan senapang patah dan melepaskan tiga tembakan.

Pengawal peribadi Ting melepaskan lima das tembakan dengan pistolnya sebelum penyerang terbabit memecut kereta mereka untuk melarikan diri menggunakan Jalan Lanang.

Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 12.31 pagi berikutan kesan tembakan di dada kiri, bahu kiri dan di belakangnya.

Hasil siasatan awal mendapati pengawal peribadi itu sempat melihat tiga lelaki dalam kenderaan berkenaan dan percaya tembakannya mengenai seorang daripada mereka.

Polis tidak menolak kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan berkaitan aktiviti kongsi gelap khasnya pengedaran dadah serta mengklasifikasikan kes sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes tembakpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HARAM Kongsi Gambar Susukan Anak Walau Tak Dedah Aurat

Next Post

Melaka Wujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah

Related Posts

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

Isteri Suspek Ditembak Mati Direman 7 Hari, Polis Rampas Pistol

06/07/2025
0

SUNGAI PETANI: Polis menahan isteri kepada seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Melaka Wujudkan Pusat Perdagangan Hang Tuah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd