Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Kafe Dikendali Pelajar OKU...

KUALA LUMPUR - Kafe Inspired Kitchen, yang dikendalikan pelajar orang kurang upaya (OKU)...

Dua Beradik Rempuh Kedai...

ALOR SETAR - Perbuatan dua beradik menghidupkan enjin kereta milik ibu mereka menyebabkan...

Mahathir Tegur MP Tidak...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan...

Imam Masjid Al-Aqsa Jadi...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

2 Lagi Mara Digital Mall Akan Dibuka Jun Ini

KUALA LUMPUR – Dua lagi pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall akan dibuka selewat-lewatnya Jun tahun ini di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall, Damansara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan maklum balas positif yang diterima daripada orang ramai selepas pembukaannya di MARA Atrium Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

“Sejak ia dibuka pada Dis lepas, peniaga memaklumkan menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dan jualan mereka juga meningkat.

“Oleh sebab itu kita akan tambah lagi dua pusat IT seumpamanya kerana selain memberi banyak pilihan, penubuhan pusat ini juga dapat membantu golongan Bumiputera dalam perniagaan,” katanya selepas melawat MARA Digital Mall di sini, Isnin.

MARA Digital Mall yang beroperasi Dis lepas menjual pelbagai barangan IT seperti komputer, telefon pintar dan aksesori dan sehingga kini mempunyai 38 gerai.


Sementara itu Ismail Sabri berkata pihaknya turut menyambut baik permintaan daripada negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut serta membuka MARA Digital Mall termasuk di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu beliau berkata bagi menjaga kepentingan pembeli, sebuah pusat aduan khas akan dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang masalah yang dihadapi seperti kualiti perkhidmatan peniaga dan barangan yang dibeli.

Jelasnya lagi, setiap barangan IT yang memasuki pusat itu akan melalui proses saringan yang dikendalikan oleh Pusat Bekalan IT Tulen, WGN Scan Sdn Bhd yang ditempatkan di dalam MARA Digital Mall bagi menjamin kualiti dan ketulenannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori