• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Gilis Lori: “Kaki Adik Boleh Tumbuh Balik Tak?”

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul – demikian situasi yang menimpa adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, apabila kedua-dua kakinya putus akibat digilis lori pasir, semalam.

BACA: Ngeri! Pelajar Perempuan Hilang Kaki Digilis Lori

Pelajar-Hilang-Kaki-Dilanggar-Lori

Kejadian yang berlaku petang Isnin ini menimbulkan simpati seluruh masyarakat Malaysia apabila gambar mangsa dalam keadaan terduduk atas jalan raya selepas kemalangan menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen mengharapkan individu yang terlibat dalam kemalangan ini tampil bertanggung jawab dan menerima hukuman setimpal jika melakukan kesalahan.

Pada masa sama, ia harus jadi iktibar kepada ibu bapa dan pihak berkaitan soal keselamatan pelajar apabila pergi dan pulang dari sekolah menggunakan kenderaan sendiri.

Sementara itu, abang tiri mangsa yang dikenali sebagai Huzaini Sahrin menerusi laman Facebooknya berkongsi cerita sayu yang membuatkan sesiapa sahaja berasa pilu mendengarnya.

zz

“Alhamdulillah dia mampu tersenyum walaupun soalan yang paling mengguris hati dia tanya kaki boleh tumbuh lagi tak?

“Bagi anda yang nak tau kejadian sebenar boleh la dapatkan info di newspaper, maaf saya tak dapat nak jelaskan apa yang berlaku 1 per 1. Diharap semua tanda tanya anda terjawab di akhbar. Terima kasih di atas doa dan kesudian anda mengambil berat tentang kami sekeluarga,” tulisnya.

Selain itu, Huzaini memberitahu adiknya yang kini sedang dirawat di hospital sangat tabah menghadapi ujian itu dan langsung tidak menangis.

“Syukurlah mak kata dia langsung tak nangis dan boleh berbual macam biasa… apa yang terharu dia tanyakan adik beradik dia yang lain.

“Syukur dia lebih kuat dari yang kami sangkakan. Berkat doa kalian yang mendoakan,” tulisnya lagi.

Menurut akhbar tempatan, kaki pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap ini digilis sebuah lori dari arah bertentangan selepas dia terjatuh dari motosikal akibat digesel sebuah kereta Kancil yang cuba memotong motosikal ditunggangi kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.

Dua beradik tiri itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah menuju ke rumah mereka di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

Dalam perkembangan lain, pemandu lori dan pemandu kereta kancil terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata, kedua-dua pemandu itu tidak ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gilispelajarviral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd