• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Kesal Sikap Pemandu Bas Naik Angin

oleh Ahmad Albab
31/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia akan memastikan tindakan tegas dan segera akan diambil ke atas seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang, Isnin lepas.

SPAD berkata ia memandang serius perkara itu dan telah berhubung dengan penumpang berkenaan untuk merekodkan kenyataan dan menggesa mangsa untuk membuat laporan polis berikutan insiden itu.

“Susulan itu, penumpang berkenaan telah membuat laporan polis pada 28 Jan di Balai Polis Melaka Tengah.

SPAD akan terus memberikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) bantuan dan maklumat yang diperlukan mengenai pemandu dan syarikat bas untuk memastikan tindakan yang tegas dan pantas akan diambil ke atas pemandu tidak bertanggungjawab ke atas tindakannya yang tidak boleh diterima,” suruhanjaya itu berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rakaman video selama satu minit yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres mengasari seorang penumpang lelaki telah tersebar di media sosial.

Pemandu itu dikatakan naik angin apabila penumpang itu didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat merasa kesal bahawa penumpang berkenaan terpaksa melalui pengalaman yang mengganggu perasaan semasa perjalanannya,” katanya.

SPAD menasihatkan orang awam yang merasai pengalaman yang sama supaya segera melaporkan kepada suruhanjaya itu di [email protected] atau menghubungi talian hotline 1-800-88-7723 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Dengan maklumat yang tepat, kami boleh memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab akan segera dikenal pasti dan diambil tindakan,” katanya.

Kenyataan itu berkata untuk tindakan berkesan diambil, SPAD memerlukan pengadu untuk memberikan butiran mereka seperti nama penuh dan nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan, lokasi dan juga masa serta tarikh insiden.

“Bukti tambahan dalam bentuk seperti rakaman audio atau video, atau butir saksi akan meningkatkan lagi keupayaan kami untuk mengambil tindakan ke atas pemandu yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Suruhanjaya itu juga mengingatkan syarikat bas supaya memantau dengan rapi dan mendisiplinkan pemandu bas mereka bagi memastikan perkhidmatan bermutu dan bersopan diberikan kepada penumpang sepanjang masa. – BERNAMA

Tags: pemandu basSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd