Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lim Guan Eng Bertegas...

GEORGE TOWN - Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak...

ASEAN Perlu Pastikan Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua anggota...

Caj Parkir MBMB Setiap...

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi mengenakan caj parkir pada...

KDN Ambil Tindakan Pelancong...

BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang berat isu jumlah yang...

4 Pekerja Lombong Selamat Terperangkap 36 Hari

HONG KONG – Empat pekerja yang terperangkap selama 36 hari akibat runtuhan lombong mineral gipsum berjaya diselamatkan, menurut media tempatan.

Stesen televisyen rasmi kerajaan, CCTV pula melaporkan operasi menyelamatkan pekerja terperangkap lebih 200 meter di dalam lombong mengambil masa dua jam kerana permukaan yang bertindih satu persatu.

Rakaman video CCTV paling dramatik menunjukkan anggota penyelamat bertepuk tangan ketika mangsa dibawa ke permukaan dalam kejadian di wilayah Shandong, timur China.

Mangsa dibawa naik satu persatu menggunakan laluan sempit. Semua mangsa diberikan selimut dan dibawa memasuki ambulans.

Empat mangsa berkenaan adalah antara 29 orang disahkan terperangkap dalam lombong itu yang runtuh pada 25 Disember tahun lalu.


Daripada 29 pekerja, hanya 11 berjaya diselamatkan pada hari berikutnya dan seorang diumumkan mati manakala 13 belum dipastikan nasib mereka.

Anggota penyelamat mula mengesan mereka yang masih hidup pada 30 Disember lalu. Empat yang ditemui ialah Xhicheng, 50; Li Qiusheng, 39; Guan Qingji, 58, dan Hua Mingxi, 36. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori