• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Lelaki Menyamar Pegawai KPDNKK, Peras Ugut Peniaga

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan empat lelaki kerana memeras ugut lebih 11 peniaga kedai runcit dengan menyamar sebagai pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata keempat-empat suspek ditahan ketika menaiki sebuah kereta di sekitar kawasan Seksyen U2 di sini pada pukul 3 petang, susulan laporan yang dibuat oleh seorang mangsa sindiket terbabit sehari sebelum itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai beberapa dokumen, buku kompaun termasuk empat pas kerja palsu kementerian itu serta dua ‘walkie talkie’ di dalam kenderaan yang dinaiki suspek.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan secara rawak kedai-kedai runcit yang berniaga secara sederhana dan memperkenalkan diri sebagai pegawai KPDNKK dengan menunjukkan pas kerja palsu itu.

“Mereka juga membawa dokumen-dokumen berkaitan KPDNKK antaranya buku kompaun dan fail-fail yang sebenarnya kesemuanya palsu supaya mangsa percaya seterusnya diperas ugut kumpulan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Shafien, kesemua suspek juga berpakaian lengkap ke pejabat sebagai helah bagi mengelakkan peniaga mengesyaki kegiatan penipuan yang dilakukan mereka.

Beliau berkata taktik suspek adalah dengan memeriksa premis untuk mencari kesalahan perniagaan dan kemudian mengugut mangsa supaya membuat pembayaran bagi mengelakkan mereka disaman atau dibawa ke mahkamah.

“Bagaimanapun, seorang peniaga berumur 59 tahun di Seksyen U2 terdetik untuk membuat laporan polis pada Khamis lepas kerana ragu-ragu dengan tindakan kesemua suspek tersebut yang meminta beliau membayar RM10,000 sebagai penyelesaian kes.

“Menurut mangsa, setelah berunding dengan suspek, mereka bersetuju dibayar RM3,000 tetapi mangsa hanya sempat membayar RM1,300 dan baki akan diberi keesokan harinya namun dia bertekad membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keempat-empat lelaki warga tempatan berumur 28 hingga 55 tahun itu dipercayai telah bergiat aktif dalam sindiket penipuan tersebut sejak enam bulan lepas dan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

Beliau berkata kesemua suspek juga mempunyai sekurang-kurangnya empat rekod jenayah lampau antaranya membabitkan dadah, peras ugut serta penipuan dan mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut serta menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA

Tags: peniagapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd