Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

‘Ular’ Lintas Jalan Patuk...

KELIRU atau kurang peka dengan nama betul binatang, seorang lelaki tergamak membuat laporan...

Wanita Diserang Hanya Kerana...

China – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang...

Active Publishing for TextBroker

The writer should pick aside, and then research to discover cases that show...

Alkisah Ringgit Apabila Bank...

KEBETULAN ketika dunia berdebar melihat tarikh akhir 30 Jun Greece muncul negara maju...

Jangan Viralkan Maklumat Palsu Berkaitan Air Pasang Besar

KOTA BHARU – Orang ramai diminta supaya tidak menyebar gambar dan maklumat palsu berhubung kejadian air pasang besar yang kononnya berlaku di Pantai Timur, semalam.

Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur, Md Rusli Ahmad berkata tindakan itu bukan hanya menimbulkan keresahan orang awam, malah menyusahkan pihak berkuasa.

“Pihak yang memuat naik gambar dan maklumat palsu dalam laman sosial adalah tidak bertanggungjawab.

“Keadaan ini boleh mencetuskan suasana panik terutama bagi penduduk pesisir pantai dan anggota keluarga yang berada di luar negeri terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung penyebaran beberapa gambar dan maklumat tidak tepat mengenai fenomena air pasang besar yang dikatakan berlaku di Kelantan dan Terengganu, semalam yang disiarkan di laman sosial.

Berdasarkan laman-laman sosial yang dilayari mendapati beberapa gambar yang dimuat naik adalah gambar lama termasuk ketika kejadian bah kuning di Kelantan pada Disember 2014.


Md Rusli menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang disebarkan terutama melalui laman sosial, tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa.

Katanya SKMM memandang serius berhubung perkara itu dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun.

“Saya harap semua pihak perlu ada sikap bertanggungjawab dan jangan menyalahgunakan kemudahan teknologi terkini sehingga boleh memberi kesan negatif kepada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]nCXM0lIUVd4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori