Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Muafakat Nasional Johor...

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor...

APMM Kerah Unit Udara...

MARANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperluas kaedah pemantauan dengan melibatkan rondaan...

Kecualikan 1,359 Banduan Akhir

Kuala Lumpur : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan mengecualikan pelaksanaan hukuman mati terhadap...

Inilah Persidangan Agung UMNO...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung...

Miri, Lawas Dan Limbang Berisiko Berlaku Kebakaran Akibat El Nino

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak mengenal pasti Bahagian Miri, Lawas dan Limbang sebagai kawasan mudah terbakar dan berisiko tinggi ketika cuaca panas dan kering akibat fernomena El Nino.

Pengarahnya Nor Hisham Mohammad berkata El Nino yang melanda negara bermula bulan ini sehingga Mac depan bakal memberi kesan kepada tiga bahagian berkenaan dan sebarang kebakaran hutan atau belukar boleh mengakibatkan kemudaratan besar.

“Ketiga-tiga kawasan ini merupakan kawasan mudah terbakar…kebakaran belukar dan hutan di kawasan berkenaan boleh menjadi besar. Kita tidak kompromi dan apabila berlaku kebakaran kita akan gerakkan anggota termasuk Unit Udara Bomba untuk membuat pemantauan awal.

“Pemantauan awal juga perlu kerana ada kawasan di tiga bahagian berkenaan terletak di bawah tanggungjawab operator atau pengusaha ladang, tetapi kalau kebakaran merebak…kita risau mereka akan tinggalkan tempat itu, oleh sebab itu bomba akan lakukan rondaaan menggunakan helikopter supaya tindakan awal dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan 2016 JBPM di sini hari ini.

Mengulas mengenai keupayaan JBPM Sarawak menghadapi El Nino, Nor Hisham berkata ketika ini pihaknya memiliki 10 ‘water tanker’ besar dan telah diletakan di lokasi strategik yang dikategorikan kawasan mudah terbakar.

Beliau berkata selain itu, JBPM Sarawak turut memiliki 15 lori utiliti serta 20 set ‘pump forest fire’ dan 10 ‘portable pump’ sebagai persediaan menghadapi El Nino.


Sementara itu, Nor Hisham berkata berkata 2016 bakal memberi cabaran kepada JBPM Sarawak kerana peruntukan yang dipotong namun memberi jaminan anggotanya akan bekerja dengan lebih efektif serta akan mengoptimumkan mana-mana peluang untuk memastikan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan.

“Dalam program ‘public educatiuon’, biasanya Petronas merupakan antara penaja utama setiap tahun mereka menyumbangkan RM50,000 kepada program ini, selain Petronas, Murphy Oil dan Malaysia LNG (MLNG) juga merupakan rakan kita.

“Untuk tahun ini, JBPM Sarawak meletakkan sasaran 700 rumah panjang untuk program ‘public education’ ini,” katanya.

Nor Hisham turut berharap kesan El Nino yang dihadapi kini tidak terlalu teruk sepertimana dua tahun lepas sehingga mengakibatkan panggilan kebakaran meningkat 20 peratus sekali gus meningkatkan kos operasi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fgwaJ-q9Y24[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori