Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

73% Kematian Di Hospital...

BALIK PULAU - Sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit...

Perlis: Lebih 70 Rumah...

KANGAR - Lebih 70 buah rumah dan gerai pasar Ramadan di beberapa kawasan...

Vietnam Jadi Saksi Jika...

PUTRAJAYA - Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal...

Pendatang Haram Sanggup Sembunyi...

PIHAK berkuasa Sepanyol terkejut apabila menemui seorang pendatang haram yang bersembunyi di ruang...

Hassan Sani, James Wong Mampu Tingkat Bola Sepak Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman percaya skuad bola sepak Sabah musim ini mampu mempertingkat mutu permainan dengan kehadiran pemain lagenda Hassan Sani dan James Wong sebagai Penolong Pengurus Sabah FA.

Beliau yang juga ketua menteri berkata kehadiran kedua-dua pemain lagenda bola sepak itu bagi membantu Pengurus Sabah FA Datuk Nizam Abu Bakar Titingan memberi semangat serta menurunkan ilmu dalam memperkuatkan lagi pasukan itu yang juga digelar Skuad Badak dalam saingan Liga Perdana musim ini.

“Oleh itu kita berharap pemain Sabah FA dapat mempertingkatkan lagi mutu permainan dengan mengambil contoh kegemilangan kedua-dua pemain lagenda itu.

Pemain perlu komited dan berlatih dengan gigih agar dapat memberi saingan dengan pasukan lain.

“Sejak beberapa tahun lepas kita tidak mencapai tahap yang begitu baik dalam permainan. Oleh itu pada tahun ini kita berharap ada peningkatan dan prestasi yang memuaskan daripada pasukan bola sepak negeri kita,” katanya pada majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain/pegawai bola sepak negeri Sabah di sini hari ini.

Musa mengingatkan pemain agar terus komited dan melakukan pengorbanan besar buat pasukan.

“Pemain perlu ada disiplin yang tinggi supaya berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan. Inilah harapan rakyat Sabah yang mahukan kemanangan serta melihat aksi menarik daripada pasukan.


“Apa yang penting semua pihak dalam Sabah FA perlu bekerjasama dan komited untuk melihat skuad kita berjaya dalam dan mendapat kedudukan terbaik dalam saingan liga nanti,” katanya.

Sementara itu Nizam berkata sebagai pengurus Sabah FA yang baharu, beliau akan mengambil baik semua saranan yang disampaikan oleh Musa.

“Kita akan pastikan semua pemain terus memberikan komitmen dan menunjukkan disiplin yang tinggi serta menunjukkan permainan sebaik mungkin.

“Dalam saingan Liga Perdana musim ini, sasaran kita adalah untuk menjadi empat pasukan terbaik. Oleh itu saya berharap semua peminat terus memberi sokongan kepada pasukan negeri kita,” katanya.

Skuad Sabah akan mula bermain dalam Liga Perdana 2016 pada 12 Feb ini dengan dilatih oleh bekas Ketua Jurulatih Perak FA, Vjeran Simunic, 62.

Skuad Sabah dibarisi 23 pemain iaitu 17 pemain merupakan anak tempatan Sabah dan turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran tonggak import iaitu Igor Cerina (Croatia), Marco Tulio Lopes Silva (Brazil) dan Dedi Kusnandar (Indonesia). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori