Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

ASEAN Akan Mulakan Rundingan...

SOCHI (Rusia) - ASEAN akan mengambil langkah untuk memulakan proses rundingan bagi memeterai...

PAN Sedia Letak Calon...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) bersedia mengetengahkan calon dalam kalangan masyarakat...

Mohamad Khir Toyo Dihukum...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas...

Pesawat MAS Ke Kota...

Akibat cuaca buruk, sebuah pesawat milik Malaysia Airline System Berhad (MAS), MH2604 yang...

Mesin Hemodialisis Di Hospital Sungai Buloh Akan Ditambah

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan menambah lima mesin hemodialisis untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang di Hospital Sungai Buloh, Selangor dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada masa ini hospital itu mempunyai 25 unit mesin hemodialisis dan jumlah itu adalah tidak mencukupi.

“Tahun lepas kementerian membeli 635 unit mesin hemodialisis bernilai RM23 juta untuk diagih kepada semua hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Kami juga akan tengok keperluan di hospital lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyampaikan sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa kebakaran itu.

Mengulas laporan akhbar yang mendakwa berlaku keadaan yang sesak dan panas di Wad Onkologi dan Nefrologi Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang (HPP), Dr Hilmi berkata pihaknya dalam perancangan untuk mengatasi masalah itu.


“Sebenarnya bukan sahaja di HPP mengalami masalah itu malah beberapa lagi hospital kerajaan bagaimanapun ia tidak boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata Biro Kebajikan UMNO dengan kerjasama UMNO Balik Pulau akan membina dua buah rumah di tapak yang sama dengan peruntukan RM44,000 sebuah untuk mangsa kebakaran itu selepas siasatan bomba dan polis selesai.

Dalam kejadian 2.15 pagi semalam Nazri Zainal Abidin, 29, bersama bayi perempuannya Damia Auliah yang berusia tiga bulan rentung manakala isterinya
Roshina Abdul Latif, 24, cedera dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Nelayan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]x3EE3zIViwM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori