Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Pakatan Harapan Mahu...

KUALA LUMPUR - PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti Amanah...

Bagnaia Sambar Petak Utama,...

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak...

Cincin Hilang Ketika Melamar...

SETIAP wanita pastinya mengimpikan lamaran daripada sang kekasih untuk membawa hubungan mereka ke...

Peguam Shafee Selesai Bayar...

KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua...

Usahawanita ‘Online’ Disaran Berdaftar Dengan SSM

SHAH ALAM – Golongan usahawanita khususnya melibatkan perniagaan dalam talian disaran berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan pelbagai maklumat dan sokongan disalurkan kepada mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata tahap kesedaran usahawanita untuk berdaftar dengan SSM masih rendah menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai risiko, antaranya ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya walaupun perniagaan dalam talian yang dijalankan sekadar kecil-kecilan, berdaftar dengan SSM dapat membantu mereka mengetahui dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan, selain diberi latihan sewajarnya dan hak mereka dilindungi.

Katanya saranan itu selaras dengan perkembangan perniagaan dalam talian masa kini yang dilihat menarik minat golongan wanita khususnya suri rumah untuk bekerja secara fleksibel, malah rangkaian mereka semakin berkembang maju.

Menyifatkan wanita kini lebih berdaya saing, Rohani berkata usaha golongan itu yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah langkah terbaik untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Kami amat menggalakkan golongan wanita khususnya suri rumah untuk bergiat dalam bidang perniagaan secara dalam talian kerana selain mudah, ia juga dapat menjana pendapatan sampingan.


“Namun, masih ramai tidak berdaftar, atas alasan perniagaan kecil-kecilan sahaja. Kalau hendak mengembangkan perniagaan, adalah lebih baik mengikut landasan yang betul iaitu berdaftar dengan SSM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival ‘Online Networking Entrepreneurs’ (ONE) anjuran SSM, di Plaza Alam Sentral, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Khuzairi Yahaya berkata pada tahun lepas, sebanyak 5.9 juta perniagaan telah didaftarkan di bawah suruhanjaya itu dengan 29,000 daripadanya melibatkan perniagaan dalam talian.

Beliau berkata jika terdapat mana-mana perniagaan yang didapati tidak berdaftar dengan SSM, pemiliknya boleh didenda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Perniagaan dalam talian sangat banyak, malah dijangkakan lebih daripada yang berdaftar dengan kita, namun kesedaran mereka untuk berdaftar masih rendah.
“Kita amat menggalakkan mereka berdaftar kerana ia memudahkan mereka sendiri untuk menyemak sama ada rakan niaga turut berdaftar atau tidak bagi mengelak ditipu selain maklumat perniagaan mereka juga akan dikembangkan untuk peluang baharu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]FEhV920h3Xs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori