Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Cuepacs Tidak Bela Anggota...

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela...

Arsenal Tewas, Gerrard Bantu...

ARSENAL tewas kepada Borussia Dortmund 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di...

Suami Isteri Didakwa Menyebabkan...

AYER KEROH - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Ribut: Remaja OKU Cedera...

ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) cedera ringan pada...

Sambutan Hangat, Peniaga Online Serbu SSM-ONE Shah Alam

SUSULAN sambutan luar biasa terhadap program SSM-ONE (Online Networking Entrepreneurs) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dilancarkan pada 4 Jun 2015, satu siri jelajah dirangka untuk memperluaskan pengetahuan masyarakat tentang program ini secara lebih dekat.

Selepas diadakan di Pahang, Johor dan Sarawak; kini Selangor menjadi lokasi keempat siri jelajah ini berlangsung.

Maklum balas sebelum ini menunjukkan, SSM-ONE telah berjaya membantu pengusaha dalam talian, selari dengan peredaran zaman di mana perniagaan online semakin bercambah dan kian menjadi pilihan pengguna.

Salute..! CEO Wanita SSM Ikut Berpanas Kayuh Basikal

FSH_1541

Tinjauan Mynewshub mendapati hari pertama karnival SSM-ONE berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat menerima sambutan hangat daripada pengunjung.

Pada sebelah pagi sahaja peserta yang berdaftar sudah melebihi 500 orang dan dianggarkan mencecah sehingga 1,000 menjelang petang.

Peniaga Online ‘Kedekut’ RM70 Boleh Didenda RM50K!

Selain tapak pameran dan jualan, pengunjung hari ini berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil Multimedia Devolopment Corporation (MDEC), Wan Nong Muzaffar.

“Perniagaan online sangat menarik kerana anda tidak terikat dengan waktu tertentu, segala-galanya ditentukan oleh anda dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja,” kata Wan Nong ketika berkongsi pandangannya dengan pengunjung yang hadir.

FSH_1491
Wakil MDEC, Wan Nong Muzaffar

5

FSH_1527

Selama tiga hari berlangsung sehingga Ahad ini, pelbagai program menarik dan bermanfaat diatur dan segala-galanya dibawakan secara percuma, justeru peluang sebegini amat rugi jika tidak direbut oleh peniaga online dan mana-mana individu yang ingin mendalami potensi perniagaan dalam talian.

Turut memeriahkan acara adalah artis yang menjadi ikon karnival, Fizo Omar dan pelakon terkenal Elfira Loy yang mengusahakan perniagaan tudung Twinkle by Elfira.


Pengasas jenama Sugarscarf & Sugarbelle, Eyqa Sulaiman turut dijadualkan berkongsi ‘ilmu’ dan pengalamannya pada Sabtu, 23 Januari 2016 jam 2.30 petang.

elfira-loy3
Elfira loy, Fizo Omar dan Eyka Sulaiman

Buat bakal usahawan online yang tidak tahu saluran untuk memulakan perniagaan mereka, SSM turut menawarkan khidmat pendaftaran secara percuma di kaunter Pendaftaran Perniagaan yang dibuka.

Di sini, segala maklumat serta khidmat nasihat sebelum memulakan perniagaan dibawakan terus kepada anda tanpa perlu ke pejabat SSM.

FSH_1499

Fizo Omar Ikon SSM-ONE Contoh Usahawan Online

Terdapat juga, kaunter-kaunter lain termasuk Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan TEKUN yang sedia memberikan khidmat nasihat kepada bakal usahawan untuk mendapatkan modal permulaan.

4

6

Jangan lupa, rebut peluang mendalami potensi pernagaan online yang dibawakan kepada anda secara percuma oleh SSM di Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula pada hari ini (Jumaat) hingga Ahad. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori