Sunday, November 3, 2024

Creating liberating content

‘Tiada’ Beli-Belah Hari Ahad...

ROME - Kerajaan baharu Itali akan melaksanakan larangan membeli-belah pada setiap hari Ahad...

Azhan Fokus Jaga Ibu,...

PELAKON Azhan Rani, 40, memberitahu tidak pernah berasa tertekan untuk menamatkan zaman bujangnya...

Bursa Saham Indonesia Runtuh,...

GEMPAR... Orang ramai panik apabila satu aras di gedung Bursa Efek Indonesia (BEI)...

Bayi 18 Bulan Diculik...

NEW DELHI - Seorang ibu mengalami kejutan yang amat sangat apabila bayinya yang...

5 Cara Hidup Dengan Cukai GST

SEPERTI yang sedia maklum, dengan pelaksanaan GST, kerajaan menyasarkan untuk memperoleh kira-kira RM23.1 bilion. Pendapatan ini akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur.

Selepas perlaksanaan GST pada tahun 2014, ramai yang beranggapan bahawa ia adalah satu beban yang besar kepada rakyat. Jangan gusar, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menghadapi cukai GST ini. Antaranya ialah:

1. BAJET

Jika sebelum ini anda ada tetapkan bajet untuk barangan runcit dan sebagainya, sekarang anda kena lebihkan sedikit. Ada barangan yang dikenakan cukai GST, ada yang tidak. Rata-rata barangan mentah tidak dikenakan GST.  Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk laman web ini: gst.customs.gov.my

2. MASAK

Okay mungkin kedengaran klise, tapi ini ada kebenarannya. lagipun makan di kedai memang lebih mahal. Seketul ayam di kedai sudah berharga RM3 kalau makan nasi campur. Jika anda beli seekor ayam di pasar borong baru RM12. Anda boleh asah bakat dan skil di dapur juga. Mana tahu anda boleh buka katering nanti?

3. NAIKKAN MUTU KERJA ANDA

Ini mungkin adalah peluang untuk anda keluar daripada zon selesa dan mengejar potensi sebenar anda dalam karier. Keadaan mungkin sukar untuk anda dan keluarga pada ketika ini dengan kenaikkan harga barangan yang belum dapat disesuaikan dengan pendapatan masa kini. Tapi, dengan meningkatkan mutu kerja yang baik, mungkin akan memberi potensi yang cerah dalam perkembangan karier anda.

4. BACA


Ambil sedikit masa untuk membaca tentang GST ini. Pastikan anda tahu hak anda sebagai pengguna. Mungkin ianya akan mengambil sedikit masa, namun, ini adalah sesuatu yang anda tidak boleh ambil ringan: Apa itu GST?

5. MENYIMPAN

Tiada apa yang pasti tentang masa depan termasuklah polisi kerajaan. Walaupun rakyat diberi pemberitahuan awal tentang sesuatu polisi, namun apabila hal melibatkan duit, rata-rata daripada kita masih lagi kurang bersedia. Ekonomi dunia juga kurang stabil pada ketika ini. Jadi, eloklah kita menjadikan hal ini sebagai titik tolak untuk mula menyimpan untuk masa yang memerlukan atau untuk membeli barangan yang berharga besar – kereta atau rumah.

Selain itu, anda juga boleh mula untuk mula merancang kewangan anda dengan lebih efisien. Mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu (rokok, vape dll..) boleh diberhentikan secara perlahan-lahan. Bayangkan, dengan satu kotak rokok, anda boleh beli 2 pinggan nasi ayam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KikiLala

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori