• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tempatan Ditemui Mati Di Kompleks Beli Belah Di Kepong

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan mukanya cedera parah dan berlumuran darah di sebuah kompleks beli belah di Kepong, di sini.

Seorang saksi yang tidak mahu dikenali ketika ditemui, berkata mangsa, 53, diserang sekumpulan lelaki kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tangga kecemasan.

“Masa itu pusat hiburan karaoke dan snooker di sini masih buka dan saya nampak mangsa ditarik sekumpulan lelaki, tak pasti dari arah mana. Saya tak faham apa yang mereka cakap sebab bahasa Hokkien,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, Selasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman ketika ditemui di lokasi menafikan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata serangan dipercayai dilakukan oleh lima hingga enam suspek.

“Si-mati mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tiada kesan tikaman. Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata barangan peribadi mangsa terdapat bersamanya ketika beliau ditemui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd