• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Suami Tuduh Lupa Diri, Syura Akui Serabut

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini nama penyanyi Syura kembali hangat gara-gara kes perceraian dan rujuk dengan bekas suami, Mohd. Fadhly Md. Yassin, 36, yang mendapat liputan media.

Bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan yang telah bercerai talak satu pada September 2014 itu berakhir pada Selasa lalu apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan Mohd. Fadhly menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.

Disebabkan keengganan Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 31, merujuk semula dengan bekas suaminya, masyarakat telah meletakkan kesalahan kepadanya dan mendakwa penglibatan semulanya dalam bidang seni selepas bergelar juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013 sebagai punca kepada keretakan rumah tangga yang dibina pada 29 Mac 2006.

Baru-baru ini, Fadhly juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Syura yang meminta supaya dirinya diceraikan selain mendedahkan bahawa perangai Syura sudah mula berubah sejak memenangi pertandingan Masterchef.

BACA: Syura Akui Kini Bergelar Janda, Telah Dicerai Talak Dua

BACA JUGA: Syura Berubah Lepas Menang Masterchef – Bekas Suami

Berikutan kenyataan itu, Syura mengakui tertekan dengan dakwaan yang dinyatakan oleh suaminya kepada media dan dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan tentangnya.

“Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan,” kata Syura, memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Tags: Syura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakan Artis Lega Tidak Perlu Sorok Rahsia Elyana

27/11/2017
0

SEJAK mengumumkan berita yang mengejutkan tentang penyakit yang dialaminya, laman Instagram Elyana dibanjiri dengan kata-kata semangat dari netizen. Baca: Tersingkir...

Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

27/06/2017
0

WALAUPUN tidak lagi terikat sebagai sepasang suami isteri, penyanyi Syura Badron, 31, tidak pernah mengabaikan hak anak-anak untuk bersama bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd