• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syura Bawa Anak Sambut Raya Di Rumah Bekas Suami

oleh AK-47
27/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN tidak lagi terikat sebagai sepasang suami isteri, penyanyi Syura Badron, 31, tidak pernah mengabaikan hak anak-anak untuk bersama bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin, 36.

Malah, hubungan baik dengan Mohd Fadhly membantu Syura membuat persiapan raya untuk tiga anak mereka iaitu Nurul Dania Irdani, 10; Nurul Qaisara Sofia, 8, dan Muhammad Irfan Aryan, 6.

Akui Syura, biarpun sudah berpisah, beliau dan Mohd Fadhly masih kerap berhubungan untuk berbincang mengenai anak-anak.

“Dulu, ketika masih bersama bekas suami, saya buat semua persiapan. Memang banyak bezanya sekarang, dulu ada saja permintaan bekas suami yang teringin sesuatu yang istimewa.

“Namun, saya tahu, anak-anak merindui saat bersahur dan berbuka dalam keluarga yang sempurna,” katanya.

Setiap kali Syawal, agenda utama Syura adalah untuk membawa anak-anak berkunjung ke rumah bekas suaminya itu.

“Bekas suami tidak pernah abaikan anak-anak. Kalau cuti sekolah, dia akan datang ambil mereka. Saya tak pernah halang dia untuk jenguk dan ambil anak sebab mereka masih menjadi tanggungjawab dia.

“Setiap kali raya, kami pasti akan menjadi tumpuan adik-beradik bekas suami. Apabila ramai sanak-saudara, orang akan memerhatikan gelagat kami.

“Tetapi, saya dan dia sangat terbuka… Kami bukan berlakon atau ‘buat-buat’ baik sebaliknya sudah selesa,” katanya lagi.

Syura dan bekas suaminya membawa haluan sendiri sejak Ogos 2015 setelah sembilan tahun berkahwin.

Inilah yang patut dicontohi ramai pasangan yang melalui perpisahan seperti mereka; berbaik demi anak-anak dan tidak lupakan tanggungjawab meskipun tidak lagi mempunyai ikatan sah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aidilfitriartis berceraiSyura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd