ANTARA aplikasi yang pasti ada dalam telefon pintar kebanyakan kita pada hari ini adalah WhatsApp..
Aplikasi sembang ciptaan Kan Koum itu kini dianggarkan sudah mencecah 1 bilion pengguna aktif, jauh mengatasi pesaingnya seperti Telegram, BlackBerry BBM atau Facebook Messenger.
Namun, trend yang agak menyesakkan nafas ialah semakin kemaruk orang mewujudkan kumpulan sembang atau Group Chat.
Sesetengahnya amat menjengkelkan kerana sikap ahli-ahli di dalamnya. Berikut antara sikap yang kadangkala terpaksa buat kita cari alasan kukuh, alibi atau prima facie untuk Exit Group.
1. PEMASARAN MELAMPAU
Sekali sekala hendak juga tahu di mana hendak beli pinggan semurah di Langkawi. Berkongsilah alamat.
Tetapi tidak tanya pun, ia dikongsi saban hari. Bermakna ia memang pemasaran totok. Dan teman itu tidak berminat hendak bersosial tetapi berniaga.
2.  TAZKIRAH TIDAK KETAHUAN SUMBER
Subuh terima gambar dengan ayat tazkirah. Kemudian 8 pagi semasa hendak sampai pejabat. Tengahari, petang, malam. Kemudian, berulang lagi esoknya.
Kawan yang menghantar bahan itu, tidak bekerjakah? Walhal dia bekerja di tingkat yang sama. Satu lagi, sumber tazkirah itu sudah disahkan atau diambil daripada kiriman orang lain juga? Sesat samalah semua.
3. KEMARUK CERITA KISAH SILAM
Ahli-ahli dalam kumpulan, menghampiri umur persaraan. Atau sakit nazak. Mereka gemar mengimbau kisah lampau. Sesetengah cerita itu, berlaku waktu anda belum lahir pun.
4. DIDOMINASI BOS
Mula-mula seorang sahaja Alfa di dalam. Kemudian dia ajak kawan-kawan yang sepangkat dengannya. Kita ini kulikutif, terus segan dan rasa dalam salah dewan.
5. KAKI SHOW OFF
Teman-teman sebegini tidak pegang jawatan pun dalam parti. Masa perhimpunan tahunan, mereka datang bukan sebagai delegasi tetapi duduk tepi ketua. Jadi gerombolan.
Dalam WhatsApp, dia tayang gambar dia bersama ahli politik. ‘Nak kelulusan projek? I boleh tolong’.
6. MEMAPARKAN ANAK-ANAK
Tidak salah tayang anak. Kita semua ada anak. Orang lain pun ada anak. Modal pembuka sembang, bermula dengan cerita anak. Tapi hari-hari mesti jadi muak.
7. ULANG TAYANG VIDEO
Mujurlah ada butang sekat kiriman video menyusup terus masuk ke dalam telefon. Video banyak – berat. Memori telefon jadi nipis.
Tunggu kami padam video yang awak kirim lima minit tadi sebelum awak muat naik video baru.
8. KRITIK ORANG BOLEH, ORANG KRITIK TIDAK BOLEH
Ajak berdebat tetapi tidak benarkan orang berhujah. Semua disanggah. Bila ditegur, terus jadi emosi. Bila emosi, mulalah melalut mengungkit jasa-jasanya. Debat pasal filem Polis Evo sahaja pun.
9. AHLI-AHLI TIADA ETIKA, MEMARAHI AHLI LAIN SESEDAP RASA
Kumpulan PIBG adalah yang paling digeruni oleh guru-guru. Ini platform ibu bapa main tanya dan hentam ikut suka hati mereka.
“Saya tak marah. Saya hanya bertanya†adalah ayat yang disusuli dengan pernyataan “apa hak cikgu batalkan mesyuarat? Cikgu ini pandaikah?â€Â
Bicara sebegini patut berlangsung satu dengan satu, bukan dalam kumpulan. Tidak malukah orang tengok awak marah cikgu di khalayak ramai. Cikgu itu juga mendidik anak awak.
10. ULAS PRESTASI KELAB BOLA
Menang tidak apa. Kalau seri atau kalah tolong jangan ulas sepatah pun. Sensitif tahap tertinggi! – MYNEWSHUB.CC

