Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Manchester City Sedia Tawar...

MANCHESTER City bersedia memanfaatkan kedudukan kontrak Lionel Messi di Barcelona dengan membuat tawaran...

Niena Baharun Terima Maki...

PELAKON Niena Baharun mengakui dirinya telah membuat ramai orang berang. Semuanya gara-gara watak Husna...

Penyokong Buat Onar, FIFA...

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghormati keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)...

Pasukan Kelantan Lebih Bagus...

KUALA LUMPUR - Kelantan pasukan yang lebih bagus berbanding Perak dalam perlawanan Liga...

Unik, Hijab Muslimah Yang Mesra Fon Telinga

BERBANDING 10 tahun dahulu, pemakaian hijab pada masa kini dilihat lebih menarik dan up to date dengan rekaan menampilkan pelbagai warna, kain dan variasi gaya.

Dilaporkan, nilai jualan hijab sepanjang 2015 sahaja mencecah AS$1 Billion di mana di Malaysia sahaja, hijab berjenama Naelofar milik selebriti comel Nur Neelofa dilaporkan terjual RM50 juta tahun lalu.

Akan tetapi, tidak semua rekaan baharu berjaya menyelesaikan satu masalah pemakai hijab sejak dulu iaitu kesukaran memakai fon telinga.

Oleh itu, hijab Ninja Echo ini dihasilkan pereka Singapura, Adlina Anis.

Ianya mampu membantu muslimah yang aktif bersukan misalnya, untuk mendengar muzik dengan mudah sambil melakukan aktiviti fizikal.

ninja-Echo-hijab-2

Pada rekaan hijab terdapat lubang kecil di kawasan telinga pemakai yang membolehkan fon telinga disangkut dengan mudah.


Ianya menggunakan kain jenis rayon dan jersi yang mudah kering supaya peluh tidak membuat si pemakai rasa tidak selesa ketika bersenam.

Dijual SGD35.90 (RM109.72) sepasang, Ninja Echo adalah contoh inovasi fesyen yang menunjukkan bahawa menutup aurat tidak semestinya menyukarkan muslimah menjadi mesra teknologi.

Sebelum ini, kami pernah paparkan hijab kalis air dan tidak perlu digosok, juga direka khas untuk muslimah aktif. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Ninja Echo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori