• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 700,000 Dapatkan Khidmat AKPK Sejak 2006

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Lebih 700,000 orang mendapatkan khidmat bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak 2006 di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata untuk tahun lalu sahaja seramai 135,000 orang hadir ke pejabat AKPK untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi menerusi Program Pengurusan Kredit (PPK).

Katanya daripada jumlah 135,000 itu, 23 peratus terjebak dengan masalah kewangan disebabkan perancangan dan disiplin yang lemah termasuk berbelanja tanpa mengikut kemampuan sebenar.

“Ini diikuti kegagalan dalam perniagaan (16 peratus) dan penggunaan serta pengurusan bayaran semula kad kredit yang lemah (11 peratus), selebihnya sekadar datang bertanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Cina Persendirian San Min di sini hari ini.

Chua berkata PPK diperkenalkan bagi membantu orang ramai menyediakan perancangan perbelanjaan selain menyusun atur semula pembayaran hutang untuk mengelak pinjaman tidak berbayar dan risiko aset dirampas.

Chua berkata selain PPK, AKPK turut menyediakan Program Pendidikan Kewangan bagi mendidik orang ramai mengenai kaedah membuat pinjaman secara lebih bijak.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak malu untuk mengaku sedang berdepan masalah kewangan bagi mengelak ia menjadi lebih serius.

“Semakin ramai rakyat negara ini dibelenggu masalah pengurusan kewangan yang disumbang oleh pelbagai faktor dan usahlah berasa malu merujuk kepada pihak yang boleh membantu,” katanya.

Menurut Chua AKPK yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia menerima secara terbuka mana-mana individu yang ingin mendapat khidmat nasihat dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma. – BERNAMA

Tags: AKPKDatuk Chua Tee Yong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KDNK Malaysia 2016 Diunjur Ke-13 Tertinggi Dunia – Bloomberg

Next Post

Teknologi Yang Bakal ‘Menyerang’ Pada 2016

Related Posts

Rancang Kewangan Elak Kegagalan Bayar Hutang

05/04/2018
0

KOTA BHARU - Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara ini bagi mengelak terjerumus dalam kemelut kegagalan...

Perancangan Lemah Sebab Utama Masalah Kewangan

30/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Perancangan yang lemah dan kos sara hidup tinggi menjadi dua penyebab utama masalah kewangan dialami individu yang...

Next Post

Teknologi Yang Bakal 'Menyerang' Pada 2016

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd