• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancang Kewangan Elak Kegagalan Bayar Hutang

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara ini bagi mengelak terjerumus dalam kemelut kegagalan menjelaskan hutang sekaligus menjamin masa depan yang lebih sejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir berkata ini kerana mengikut statistik agensi itu 42.6 peratus peminjam mengakui sukar menjelaskan hutang kerana kurang pengetahuan dalam mengurus kewangan.

“Ia diikuti kos sara yang tinggi 23 peratus, kegagalan perniagaan 14.3 peratus, kos perubatan 8.5 peratus, kehilangan kerja 9.4 peratus dan lain-lain faktor 2.2 peratus,” katanya kepada pemberita pada Program Celik Pitih 2018 di sini, hari ini.

Azaddin berkata merancang kewangan dan amalan menyimpan perlu diteladani secara serius oleh semua pihak termasuk penjawat awam dengan menjalani hidup mengikut kemampuan.

Beliau berkata laporan Bank Negara Malaysia mendedahkan 76 peratus daripada rakyat negara ini tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghadapi masa sukar manakala Asian Institute of Finance (AIF) mendedahkan 47 peratus golongan muda menggunakan kad kredit semata-mata untuk membeli barangan mewah.

Maka katanya tidak hairan Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 22,581 kes muflis berlaku sehingga September 2016 melibatkan rakyat Malaysia berusia 25 hingga 34 tahun.

Berikutan situasi itu katanya AKPK akan terus memainkan peranan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai program agar pengurusan kewangan berhemat dapat dijadikan budaya hidup di negara ini.

Katanya lebih 700,000 rakyat Malaysia telah mendapatkan khidmat kaunseling kewangan AKPK sejak ia ditubuhkan pada 2006 dan 200,000 daripadanya telah mengikuti program pengurusan kredit manakala 15,881 kes hutang berjaya ditamatkan dengan nilai tunggakan sebanyak RM633.3 juta. – BERNAMA

Tags: AKPKHutang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Lelaki Warga Asing Gesel Kemaluan Pada Kanak-kanak Dicekup

Gaduh Akibat Hutang RM30, Lelaki Cedera Ditikam Rakan

08/03/2024
0

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam dan dikelar menggunakan pisau. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd