• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,594 Penagih Dadah Diletak Bawah Pengawasan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 1,594 penagih dadah di Melaka diletakkan di bawah kategori Orang Kena Pengawasan (OKP) sehingga Disember tahun lepas, kata Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 894 penagih adalah dari Melaka Tengah, 369 penagih dari Alor Gajah manakala Jasin (331).

“Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka sentiasa melakukan pemantauan terhadap OKP ini dalam usaha menangani penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang semakin berleluasa di negeri ini.

“Antara usaha yang dijalankan adalah menerusi penguatkuasaan dan sebanyak 180 operasi dijalankan sepanjang tahun lepas iaitu melibatkan 123 operasi aduan awam dan 57 operasi bersepadu.

“Jumlah operasi akan ditingkatkan lagi tahun ini dengan kerjasama dari jabatan lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat antara jabatan/agensi bersama beliau di sini Selasa.

Dalam pada itu, Ab. Rahaman berkata kira-kira 200 penagih menerima rawatan di dua pusat perkhidmatan perubatan dan pemulihan tahun lepas di daerah Alor Gajah dan Jasin.

“Kedua-dua pusat ini bersifat sukarela, penerimaan juga dibuat secara ‘walk-in’ dan secara rujukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata AADK akan mengadakan Hari Anti-Dadah pada 11 Feb depan di perkarangan Mydin Mall di sini bagi memberi hebahan mengenai penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. – BERNAMA

Tags: kes dadahMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd