• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

140 Kes Pecah Rumah & Curi Di Sarawak Sejak Pertama Januari

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak merekodkan 140 kes pecah rumah dan curi sejak awal tahun, peningkatan 61 kes atau 77 peratus berbanding tempoh 26 hari yang sama tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata walaupun kes pecah rumah dan curi menurun sepanjang tahun lepas, jabatan itu menjangkakan kes itu akan meningkat tahun ini.

Beliau berkata 1,278 kes pecah rumah dan curi dilaporkan tahun lalu, penurunan 244 kes atau 16 peratus berbanding 2014, dengan kebanyakan kes berlaku di Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Padawan, Kota Samarahan dan Sarikei.

Katanya sebagai satu daripada tumpuan polis di negeri ini bagi mengurangkan kes sedemikian tahun ini, polis melancarkan Ops Pintu minggu lepas dan ia mula menunjukkan hasil semalam dengan penangkapan dua lelaki dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah dan curi.

“Sepasukan anggota CID Bintulu dan polis dari Balai Polis Bintulu diketuai Insp Luqman Hakim Yusop dan memberhentikan dan memeriksa sebuah kereta jenis Proton Preve di sebuah stesen minyak di Jalan Bintulu-Tatau, Batu 5, Bintulu pada 2.45 petang dan menangkap seorang pemandu berumur 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dev Kumar berkata pelbagai peralatan pecah rumah seperti tuil besi, sepana, peralatan untuk membuka peti keselamatan dan sarung tangan dijumpai dalam kenderaan itu selain barangan yang dicuri seperti beg, komputer riba dan barangan elektrik.

Beliau berkata suspek kedua, seorang lelaki berumur 39 tahun ditangkap sejam kemudian di depan sebuah pusat hiburan Pusat Komersial Parkcity, Bintulu.

“Dengan penangkapan ini, kami percaya dapat menyelesaikan lebih daripada 10 kes pecah masuk premis pejabat pada 2015 dan 2016 di Bintulu. Kesemua kes ini mempunyai modus operandi yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan CID itu. – BERNAMA

Tags: pecah rumahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd