• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Yakin Keserasian Pimpinan UMNO – PAS

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.

“Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.

“Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan PAS walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada PAS,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu malam.

Katanya Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan menilai unsur kerjasama dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.

Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama PAS mahu supaya setiap anggota parti PAS akur dengan kerjasama Umno dan PAS.

“Seperti mana kenyataan awal saya menyatakan bahawa belum ada lagi sebarang kerjasama formal dibentuk antara UMNO dan PAS termasuklah sebarang surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dengan parti PAS.

“Moga sebarang kekhilafan dalam laporan berita Sinar Harian bertarikh 26 Disember 2015 (Sabtu) ditafsirkan semula secara berhemah dalam memperbetulkan persepsi pembaca mengenai kerjasama Umno-PAS,” katanya.

Malah Ahmad Zahid berkata melalui temu bual dengan akhbar Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 20 Disember lepas, beliau secara jelas juga menyatakan bahawa parti PAS mempunyai sistem syura yang kuat, maka suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya.

“Secara prinsipnya, marilah kita berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah Al-I’Imran ayat 103 yang jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uQB8ZzZT0kc[/wpdevart_youtube]

Tags: PASUMNOZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd